Sekiranya anda sudah rindu untuk travel ke negara jiran Thailand, anda mungkin hanya boleh berbuat demikian tahun hadapan.

Berdasarkan laporan portal The Thaiger, walaupun ekonomi Thailand sangat bergantung kepada pelancong dari luar negara, demi keselamatan sempadan Thailand cuma akan dibuka awal 2021.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Ramalan berkenaan dibuat oleh timbalan gabenor Tourism Authority of Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya di mana menurut beliau tiada perbincangan atau timeline bila sempadan negara akan dibuka untuk tujuan leisure travel ketika perbincangan peringkat kebangsaan untuk pandemik COVID-19.

Menurutnya, kerajaan Thailand ‘sangat berhati-hati’ dalam membuka semula sempadan negara supaya tiada peningkatan kes COVID-19 berlaku di dalam negara. Jadi, Chattan menjangka Thailand tidak mungkin akan menerima kemasukan pelancong baharu sehingga awal 2021.

“Saya tidak melihat sebarang tanda bila kerajaan mahu buka semula sempadan negara tahun ini, walaupun keadaaan ketika ini sangat memberi kesan kepada industri pelancongan negara. Bayangkan kehadiran pelancong ketika Krismas dan juga sambutan Tahun Baru Cina, ia pasti sukar bagi kami kerana waktu ini adalah waktu puncak bagi negara Thailand,” kata Chattan.

Pada ketika ini, kerajaan Thailand hanya membenarkan individu penting seperti diplomat dari luar negara, ahli perniagaan, pelabur dari luar negara dan pemegang visa Thailand Elite.

Seperti juga di Malaysia, setiap individu dari luar negara perlu dikuarantin wajib selama 14 hari. Pelbagai cadangan telah dibuat untuk pelancong masuk semula ke Thailand termasuklah setiap pelancong perlu tinggal di Thailand selama minimum 30 hari. Ini adalah bagi pelancong yang mahu tinggal di pulau seperti Koh Samui dan Phuket.

Adakah sempadan Thailand akan dibuka lebih awal? Ia bergantung sekiranya keadaan semasa kes COVID-19 di Thailand dan Malaysia semakin baik. Dengan peningkatan kes akibat kluster Sivagangga di bahagian utara negara, mungkin kita perlu tunggu lebih lama sebelum sempadan Malaysia – Thailand dibuka semula.

Sekiranya anda rindu suasana makan di Thailand, anda mungkin boleh cuba makan di restoran ala Thai yang unik ini di Ampang. Klik pada pautan di bawah.

Tidak Perlu Ke Thailand, Restoran Thai Di Ampang Ini Tawar Keunikan Hantar Makanan Guna Bot Laju

Restoran Di Thailand Ini Guna Patung Panda Untuk Bantu Pelanggan Amalkan Penjarakkan Sosial

Ini Senarai Makanan Halal Yang Anda Boleh Cuba Di 7-Eleven Thailand

Anda Mungkin Suka