Sebuah lagi undang-undang terbaru yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan Thailand dimana negara ini telah mengharamkan orang ramai daripada di kawasan pantai sekitar Thailand.

Undang-undang yang dikuatkuasakan bermula 1 Februari ini turut mengharamkan orang ramai untuk membuang sampah di merata-rata tempat sepanjang 24 pantai dari 15 daerah di Thailand meliputi kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti Phuket, Koh Samui dan juga Krabi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

58b5995d0071a.image

Difahamkan usaha yang dibuat oleh Kerajaan Thailand ini adalah bagi mengelakkan daripada pantai dan laut di Thailand daripada tercemar. Dalam pada itu, mereka turut menyediakan ruangan khas buat mereka yang ingin merokok.

Individu yang gagal untuk mengikuti undang-undang yang baru sahaja dikuatkuasakan ini bakal dikenakan denda dimana pesalah perlu membayar 100,000 baht dan bakal dikenakan hukuman penjara selama satu tahun.

smoking-on-beach-xlarge

Sekiranya anda atau kenalan anda yang merokok bakal ke Thailand ini, mungkin ini pesanan yang perlu anda sampaikan untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diduga berlaku.

Sumber