Thailand kini telah memutuskan untuk mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik, kategori 5 bagi membolehkan penggunaannya yang lebih meluas bagi tujuan perubatan, lapor Chiang Rai Times.

Lembaga Kawalan Narkotik Thailand berkata bahawa ini bermakna, daun, batang, tangkai dan akar tanaman ganja termasuk Kancha dan Kanchong turut terkeluar dari senarai narkotik.

Di samping itu, dalam senarai yang dibenarkan tidak termasuk dengan bahagian pucuk dan bunga, yang mempunyai kandungan dadah yang tinggi, lapor Cannabis Health Insider.

Setiausaha Tetap Kesihatan Awam, Kiarttiphum Wongjit dan Ketua Setiausaha Pentadbiran Makanan dan Dadah, Paisan Dankhum memberitahu media bahawa keputusan ini akan membuka jalan kepada lebih banyak penggunaan ganja bagi tujuan perubatan dan juga dalam industri tekstil, kosmetik dan farmaseutikal.

Selepas keputusan lembaga itu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) akan mengusulkan draf peraturan peringkat menteri bagi membolehkan ia ditandatangani Menteri Kesihatan Awam dan bakal diwarta dalam Warta Diraja untuk dikuatkuasakan.

Draf peraturan menteri menetapkan bahawa tanaman ganja, yang secara rasmi diizinkan tumbuh atau diekstraksi di Thailand tidak akan lagi dianggap sebagai narkotik, kategori 5.

Namun, setiausaha tetap untuk kesihatan awam mengatakan walaupun ganja dihapuskan dari senarai narkotik, hanya agensi kerajaan dan syarikat yang bekerja dengan agensi kerajaan sahaja yang dibenarkan untuk menanam ganja dengan keizinan dari FDA.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Thailand turut memperkenalkan Dr. Ganja bagi tujuan mendidik masyarakat Thailand mengenai faedah ganja dalam perubatan.

Terdahulu, seorang peniaga tenang selepas rakan kantoi layan ganja ketika sedang ‘live’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini Jawapan Tenang Peniaga Selepas Rakan Kantoi Layan Ganja Ketika Sedang ‘Live’

Bungkusan Ganja Dipercayai Dilontar Dari Negara Seberang Ditemui Di Sempadan Padang Besar

Penyelidik Dakwa Ganja Mampu Rawat Pesakit COVID-19, Minta Kajian Lebih Mendalam Dilakukan