Model Honda Civic merupakan salah sebuah kereta Jepun yang menjadi idaman majoriti orang Malaysia tanpa kira kelompok usia. Setelah hampir 10 bulan rekaan prototaip model Civic ‘ketam’ ini ditunjukkan, akhirnya model rasmi sudah menembusi pasaran Asia Tenggara

Baru-baru ini Honda Thailand telah melancarkan model sedan segmen-C ini yang diberikan kod nama Honda Civic FE. Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan model Civic generasi ke-11 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Honda Civic FE ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu model asas EL yang berharga 964,900 baht (RM122,100), model pertengahan EL+ berharga 1,009,900 baht (RM127,800) dan model paling premium iaitu RS pada harga 1,199,900 baht (RM151,800).

vocket-honda-civic-2022-2
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-honda-civic-2022-3
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-honda-civic-2022-7
Sumber Gambar: Paultan.org

Ketiga-tiga varian ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo 4-silinder, tiada enjin 1.8 liter NA i-VTEC ditawarkan untuk pasaran Thailand ketika ini. Pada masa yang sama, setiap model ini hanya menggunakan transmisi CVT sahaja.

Oleh kerana Honda mahu penumpang di tempat duduk hadapan dan belakang dapat duduk dengan selesa, Civic FE mempunyai saiz lebih besar berbanding model Civic FC sebelum ini.

Honda Civic FE mempunyai panjang keseluruhan 4,678 mm (30 mm lebih panjang), jarak antara roda 2,733 mm (33 mm lebih jauh), lebar 1,802 mm (3 mm lebih lebar) dan tinggi 1,415 mm (20 mm lebih tinggi).

vocket-honda-civic-2022-4
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-honda-civic-2022-5
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-honda-civic-2022-8
Sumber Gambar: Paultan.org

Untuk ruangan kabin pula, kereta ini mempunyai papan semuka yang direka lebih ringkas dan moden dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi yang menampakkan ruangan ini lebih premium dan eksklusif berbanding model terdahulu.

Varian EL dan EL+ menggunakan skrin infotainmen bersaiz 7 inci yang mempunyai sokongan Apple CarPlay (menggunakan wayar), manakala varian RS menggunakan skrin infotainmen bersaiz 9 inci yang menyokong Apple CarPlay tanya menggunakan wayar.

Jika model untuk pasaran Amerika Syarikat dan Jepun dilengkapi dengan sistem audio dari jenama terkenal Bose, namun kesemua varian Civic FE yang ditawarkan untuk pasaran Thailand ini hanya dilengkapi dengan lapan pembesar suara.

Selain itu, varian Civic FE untuk pasaran Thailand dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan standard seperti Honda SENSING, ABS, BED, VSA, lampu kecemasan automatik dan enam beg udara.

vocket-honda-civic-2022-6
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-honda-civic-2022-7
Sumber Gambar: Laman Web Honda Thailand

Honda Thailand turut menawarkan empat pakej aksesori bermula pada harga 1,950 baht (RM245) sehingga 18,500 baht (RM2,333) untuk menampakkan kereta tersebut lebih bergaya dan sporty berbanding model asal.

Setakat artikel ini ditulis, masih samar-samar lagi bilakah tarikh sebenar Honda Civic FE ini bakal dilancarkan di Malaysia. Memandangkan kes COVID-19 tidak menunjukkan sebarang perubahan yang baik, kemungkinan besar model ini akan dilancarkan pada sekitar akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Akhirnya model Civic generasi ke-11 telah diperkenalkan, sekarang kita tinggal nantikan giliran Civic Type R pula. Klik pautan di bawah untuk lihat ‘spyshot’ kereta tersebut.

Honda Civic Type R Generasi Baharu Bakal Diperkenalkan Seawal Tahun Hadapan

Lebih ‘Classy’ Dan Matang, Honda Tampilkan Pandang Pertama Civic Generasi Kesebelas

Honda Bakal Hentikan Penjualan City Dan Civic Di Jepun Tidak Lama Lagi

Sumber