Di Malaysia, kempen bebas beg plastik telah diperluaskan di beberapa buah negeri dan pastinya telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat pada awal pelaksanaannya. Kini, Thailand turut akan mengadakan kempen bebas beg plastik mulai 1 Januari 2020.

Difahamkan bahawa tiada beg plastik di pusat membeli-belah, pasar raya dan kedai serbaneka. Malah, kerajaan Thailand mengharamkan 3 jenis plastik iaitu mikrobead, penutup botol dan okso boleh urai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sementara itu, kerajaan Thailand turut akan mengharamkan beg plastik ringan berketebalan kurang 36 mikron, bungkusan makanan stirofoam, cawan plastik sekali guna dan straw penyedut minuman menjelang 2022.

Jangan terkejut pula jika anda ke Thailand kelak tetapi tidak dapat beg plastik. Anda yang sememangnya kaki shopping di Thailand, adalah diingatkan untuk bawa beg anda sendiri.

Sebelum ini Thailand turut bakal kenakan cukai insurans perjalanan kepada pelancong. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Thailand Bakal Kenakan Caj Insurans Perjalanan Kepada Pelancong

Itinerari Dan Tip Ke Hatyai Dan Songkhla Hanya Dengan Bajet RM200

Pentingnya 4 Insurans Ini Jika Anda Travel Ke Thailand Dengan Kenderaan Sendiri

Sumber