Menyebut mengenai ganja mungkin ada yang membayangkan mengenai ‘khasiatnya’ dan tidak kurang juga yang memikirkan mengenai mudaratnya serta kesan penggunannya secara meluas di dalam sebuah negara.

Terbaru, negara yang ketat dengan undang-undang dadah iaitu Thailand sedang dalam usaha untuk ‘menghalalkan’ penggunaan ganja secara meluas dan terkawal. Undang-undang yang direncana ini sekaligus bakal meletakkan Thailand sebagai negara di Asia Tenggara yang menghalalkan ganja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Smoking-ganja-1

Difahamkan langkah yang dibuat oleh negara yang pernah menjadi pengekspot ganja terbesar sekitar tahun 80-an ini bertujuan bagi meningkatkan ekonomi negara. Tambahan pula, ganja yang tumbuh di Thailand dikatakan antara yang terbaik berbanding negara-negara lain.

Menyoal dari segi langkah yang bakal dibuat Thailand, penggunaan ganja ini bakal membolehkan negara ini mengeksploitasi penggunaan ganja dalam bidang perubatan dimana ganja merupakan langkah altenatif dalam mengubati pesakit yang mengalami penyakit melibatkan kanser, parkison serta beberapa penyakit lain.

Medical marijuana

GVSPPPWMUQVINOSIL3CM6VJ6UA

Berdasarkan laporan, pasaran ganja bakal didagangkan sekitar $23 bilion menjelang 2022 sekaligus membolehkan Thailand mengaut keuntungan yang tinggi dalam menjadi negara penyedia ganja.

Sama ada untuk tujuan mengaut keuntungan mahupun untuk perubatan, adakah anda bersetuju dengan menghalalkan penggunaan ganja di sesebuah negara?

Sumber