Nampaknya negara yang mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia iaitu Thailand telah meluluskan ganja untuk tujuan penyelidikan dan perubatan. Ini menjadikan Thailand negara pertama di rantau Asia yang membenarkan penggunaan ganja mulai tahun hadapan.

Untuk makluman anda, penggunaan ganja untuk tujuan perubatan telah lama dibenarkan beberapa negara seperti Columbia dan Kanada tetapi bagi negara Asia Tenggara, ganja tidak dibenarkan dan hukuman berat akan dikenakan jika berlaku penyalahgunaan dadah tersebut. Malah, penyeludup ganja boleh dikenakan hukuman mati di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Sumber: Khaosod English

Thailand meminda Akta Narkotik 1979 dalam Dewan Perundangan Nasional berikutan terdapat paten daripada syarikat asing yang memerlukan ganja dalam perubatan yang pastinya membolehkan mereka mendominasi pasaran.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber