Selepas kemenangan mudah Thanos dalam Avengers: Infinity War, pelbagai teori terhasil tentang bagaimana para Avengers akan mengalahkan Thanos dalam Avengers 4 nanti.

Namun terdapat satu teori peminat yang menarik hadir dari YouTuber Everything Always. Beliau berpendapat salah satu kemungkinan yang mungkin hadir dalam Avengers 4 adalah dengan terhasilnya suit baharu Iron Man yang dikenali sebagai Thanos Buster.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam versi komik, Iron Man akan sentiasa memikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku termasuklah kemungkinan ahli Avengers berpaling tadah. Tony Stark sebelum ini sudah mencipta ‘Hulkbuster’ dan juga ‘Thorbuster’ sebagai persiapan sekiranya perkara seperti ini berlaku.

Ada logiknya jika perkara ini berlaku. Pertamanya Tony Stark tinggal bersendirian bersama Nebula di Titan selepas Thanos memetik jari. Kemungkinan besar Nebula akan membawa Stark ke Nidavellir, untuk bertemu Eitri bagi membantu beliau menempa zirah baharu yang dapat menggunakan kuasa Infinity Stones.

Dikhabarkan dalam Avengers 4 akan ada watak Avengers yang terkorban bagi mengembalikan keseimbangan alam. Jadi jika teori ini benar, ianya sangat cool kerana kali ini Iron Man akan berkorban buat kali terakhir dan MCU akan diterajui pula oleh Captain Marvel. Adakah anda setuju dengan teori peminat ini?

Sumber