Seperti tahun-tahun yang lalu, Google akan berkongsikan topik dan terma yang paling dicari dalam tahun tersebut. Dan semalam, Google Malaysia telah berkongsikan senarai penuh carian paling popular di Malaysia sepanjang 2019.

Villain dalam siri Marvel Cinematic Universe, Thanos muncul sebagai carian kedua tertinggi di Malaysia dan Bantuan Sara Hidup (BSH) pula muncul carian ketiga tertinggi. ‘Earth Day Quiz’ muncul carian paling popular untuk tahun 2019 berdasarkan satu kuiz yang dihasilkan oleh Google bersempena Earth Day.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Google Malaysia turut berkongsikan carian mengikut kategori seperti carian paling popular, individu paling popular, topik berita paling trending, filem paling popular, siri TV paling popular, muzik paling popular dan banyak lagi.

Trending Google 1

Trending Google 2

Joker muncul filem paling popular dalam kalangan penduduk Malaysia menewaskan Captain Marvel dan Avengers: Endgame. Lagu Mimpi nyanyian K-Clique pula muncul lagu tempatan paling popular di Malaysia hanya di belakang lagu Senorita nyanyian Shawn Mendes dan Camilla Cabello.

Carian rakyat Malaysia tahun ini lebih random dan berwarna dan ia sesuatu yang menarik untuk dilihat. Apa pula yang bakal terjadi pada tahun 2020 nanti? Untuk melihat senarai penuh carian Google’s Year In Search, anda boleh tekan di sini.

Piala Dunia dan Najib Razak merupakan carian paling popular sepanjang tahun 2018. Anda boleh throwback membawca artikel tersebut pada artikel di bawah.

Najib Razak Muncul Individu Paling Dicari Tahun Ini Menurut Google Malaysia

Ini Reaksi Nakal Ryan Reynolds Selepas Joker Berjaya Tumpaskan Kutipan Deadpool 2