Bagaimana jika terdapat raksasa yang cuba hidup dalam kalangan anda? Adakah anda dapat menerima mereka?

Terbaharu, filem The Addams Family telah ditayangkan di pawagam dan pastinya ramai ibu bapa yang teruja untuk bawa anak-anak mereka berhibur. Mungkin ada diantara anda yang ingat akan sitkom drama The New Addams Family sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, filem The Addams Family ini merupakan filem reboot dan telah diadaptasi semula menjadi sebuah filem animasi. Sedikit sinopsis, filem ini mengisahkan tentang keluarga yang dianggap raksasa dan tidak diterima oleh manusia sekeliling.

Pasti anda tertanya-tanya apa yang menarik tentang filem ini, bukan? Jangan risau, kami hanya akan bercerita sedikit sahaja tentang filem ini kerana anda harus saksikan sendiri di pawagam.

1. Jalan cerita

addam-family-16-1-1024×580
Sumber: Syffy

Pada pandangan kami, setiap babak dalam filem ini disusun dengan baik. Malah, jalan cerita yang ditampilkan dapat difahami dengan mudah. Pasti penonton terutama sekali kanak-kanak boleh terhibur dengan keletah keluarga ini.

Apa yang menjadikan filem ini lebih menarik apabila anak-anak keluarga Addams masuk ke sekolah dan bercampur dengan manusia biasa dan mula berubah sedikit demi sedikit. Apa yang berubah?

2. Character development

image-768×432
Sumber: Hollywood Reporter

Setiap watak dalam filem ini digarap dengan baik. Oleh itu, tidak berlaku kekeliruan dan setiap watak dapat ditonjolkan dengan sangat baik kerana memiliki karakter-karakter tersendiri.

Tidak cukup rencah dalam sesuatu filem itu jika tiada watak jahat, bukan? Watak jahat dalam filem ini juga nampaknya sedikit berlainan daripada filem yang biasa.

3. Kesan grafik yang ‘real’

4PJUN3HX5BEMJE7A6TK3EWFB6A
Sumber: The Reporter

Jika sebut filem animasi, pasti kita mengharapkan grafik yang ditonjolkan nampak ‘real’ dan smooth, bukan? Anda tidak akan kecewa apabila menonton filem ini kerana setiap babak dan details karakter sangat terperinci.

4. Penerimaan perbezaan

the-addams-family-netflix-release-1-1024×683
Sumber: Netflix

Jika anda telah menonton filem ini, anda dapat lihat bagaimana perbezaan membuat keluarga Addams terasing dengan komuniti dan juga bagaimana penerimaan perbezaan menyatukan mereka. Anda pasti tidak akan percaya  pada akhirnya siapa yang sebenarnya psiko dan pelik.

Adakah anda rasa bahawa keluarga Addams dapat diterima oleh masyarakat sekeliling? Bagi kami, filem ini cukup menghiburkan dan kami memberikan 7.5/10 untuk filem ini. Anda tidak akan rugi menonton filem ini di pawagam.

Anda mungkin berminat untuk baca review filem-filem yang pernah ditayangkan di pawagam sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Gemini Man, Karya Ang Lee Yang Memiliki Kelainan Tersendiri

Misi Buru Jerung Gergasi Yang Mendebarkan Dalam ‘The Meg’