Buat peminat tegar bubble tea dan merasakan saiz cawan yang ditawarkan terlalu kecil dan tidak mencukupi, jangan risau kini anda boleh membeli satu botol besar bubble tea yang dijual oleh The Alley.

Terbaru, salah satu rangkaian minuman popular bubble tea, The Alley telah melancarkan minuman signature mereka dalam botol bersaiz 5 liter pada 4 Oktober 2019 yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik lagi, sesiapa yang membeli minuman bubble tea 5 liter The Alley ini berpeluang menyertai cabaran 5 liter. Pemenang cabaran boleh mendapatkan diskaun atau memenangi lagi 5 liter minuman bubble tea pilihan mereka.

Bagi cabaran yang pertama, anda perlu melakukan tongue twister dalam masa 12 saat barulah anda layak mendapat diskaun 12% untuk minuman 5 liter tersebut. Untuk cabaran kedua pula, anda perlu menangkap gambar rakan anda bersama dengan botol 5 liter The Alley dan muat naik gambar tersebut di media sosial. Pemenang yang terpilih akan diberi ganjaran dengan minuman 5 liter percuma.

Jika anda berminat untuk menikmati dan menyertai cabaran ini, air minuman sebanyak 5 liter ini dijual dengan harga RM69.50  sahaja selepas diskaun dimana harga asal adalah dan harga selepas diskaun ialah RM79.

Ketahui 5 tips untuk menikmati bubble tea dengan lebih sihat daripada pakar diet Hospital Thomson, Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

5 Tips Nikmati ‘Bubble Tea’ Dengan Lebih Sihat Daripada Pakar Diet Hospital Thomson

Kesan Minuman ‘Bubble Tea’ Kepada Kesihatan Anda

Yumcha Malaysia Hasilkan Minuman ‘Bubble Tea’ Perisa White Rabbit

Sumber