Cuba anda bayangkan dunia muzik tanpa The Beatles. Pastinya anda kenal kumpulan The Beatles yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Yesterday, Let It Be dan banyak lagi.

Sedikit sinopsis mengenai filem ini adalah Jack Malik yang terlibat dalam satu kemalangan yang dunia beliau serta dunia luar berubah. Setelah kejadian tersebut, didapati semua orang di seluruh dunia bahkan dalam carian Google tidak mengenali The Beatles.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin jika kami bercerita dengan lebih lanjut bakal merosakkan pengalaman anda menonton filem ini. Malah kami merasakan adalah lebih baik anda menonton dan merasai sendiri pengalaman menonton filem ini. Kami hanya akan bercerita tentang pengalaman kami menonton filem ini dan menyentuh beberapa aspek sahaja.

Bagi kami, filem Yesterday ini penuh pengisian dan penceritaan digarap dengan baik oleh pengarah. Filem ini akan membuatkan anda menyanyi bersama takkala mendengar nyanyian yang didendangkan.

Pemilihan pelakon sebagai Jack Malik iaitu Himesh Patel juga dapat dilihat sangat tepat dimana beliau membawa lagu-lagu The Beatles dengan merdu dan baik sekali. Malah, penampilan istimewa daripada Ed Sheeran dalam filem ini juga menambahkan rencah dalam filem ini.

Siapa sangka bahawa Ed Sheeran boleh berlakon. Malah, humor yang dibawa oleh Ed Sheeran dalam filem ini just nice untuk penonton terhibur. Pastinya peminat Ed Sheeran akan berasa teruja untuk melihat lakonan dan persembahan Ed Sheeran dalam filem ini.

Filem ini hadir dengan jenaka yang mencuit hati dan setiap selingan jenakanya akan membuat anda tidak kering gusi. Bagi kami, filem yang bergenre komedi ini sangat menghiburkan.

Untuk pengetahuan anda, Jack Malik mula menjadi perhatian umum apabila menyanyikan lagu The Beatles dan tiada orang yang mengetahui akan perkara tersebut. Akan tetapi, beliau mengambil kesempatan itu mengatakan lagu-lagu tersebut ditulis oleh beliau. Adakah perkara tersebut akan kekal sama seperti itu dimana tiada orang yang mengingati lagu tersebut atau sebaliknya? Anda harus menonton sendiri filem ini.

Kami memberikan rating 9.5/10 bintang untuk filem ini dan jalan cerita yang dipersembahkan adalah menarik tetapi masih lagi ada kurangnya dari segi bagaimana sebenarnya hal tersebut boleh terjadi. Jadi, anda harus menonton Yesterday di pawagam dan mencari sendiri dimana 0.5 yang hilang.