Ini berita baik buat anda peminat kumpulan EXO, sebuah kafe yang bertemakan EXO iaitu The Brussette Cafe akan dibuka pada hujung bulan April ini di Kuala Lumpur. Kafe ini akan menyajikan makanan yang halal berikutan pemilik kafe tersebut merupakan seorang beragama Islam.

Menariknya, kafe tersebut akan tampil dengan makanan western dengan harga yang berpatutan. Malah, dekorasi kafe tersebut menggunakan warna cosmic latte yang merupakan warna rasmi fandom EXO.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/brussettecafe/status/1109416114721681408

https://twitter.com/brussettecafe/status/1109422658632835072

Lebih mengujakan apabila kafe ini akan tampil dengan album, DVD, dan barangan peminat yang akan dipamerkan. Malah, pengunjung juga akan boleh bermain game XBOX dan lain-lain di kafe tersebut.

Akan tetapi, lokasi kafe ini masih menjadi tanda tanya kerana tiada maklumat lanjut yang diberikan. Pastinya peminat EXO di luar sana tidak sabar untuk berkunjung ke kafe ini dan berjumpa dengan peminat-peminat lain untuk bertukar-tukar cerita. Sama-sama kita nantikan.