Vocket Premiere datang lagi dan kali ini, kita nak tengok filem awesome lakonan Emma Watson dan Tom Hanks, The Circle. Sebelum kita mulakan dengan sinopsis cerita ini, apa pendapat anda tentang privasi? Perlukah setiap kehidupan kita dikongsi bersama dengan orang pada setiap masa?

The Circle berkisahkan Mae (Emma Watson) yang diambil bekerja di The Circle, sebuah syarikat teknologi dan sosial media paling besar dan hebat di dunia. Mae nampak peluang bekerja di The Circle sebagai peluang yang tidak dapat dilepasan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas Mae semakin senior dan berpangkat di The Circle, beliau dipilih oleh pengasas The Circle, Eamon Bailey (Tom Hanks) untuk mencuba satu teknologi baharu yang bakal mengubah hidup Mae. Eksperimen ini akan menguji privasi dan kebebsan peribadi Mae di mana setiap keputusan yang dibuat Mae, akan memberi kesan kepada hidup dan masa depan rakannya, keluarga dan masyarakat. Adakah ianya sesuatu yang bagus apabila anda menjadi hak milik masyarakat dan anda tidak lagi mempunyai privasi sendiri?

Filem thriller arahan James Ponsoldt ini mengambil inspirasi dari buku novel karya Dave Eggers dengan nama yang sama. “Knowing is good. Knowing everything is better,” kata-kata hikmah dari Tom Hanks dalam filem ini. Nak tahu bagaimana sosial media boleh mengubah hidup anda di masa depan? Boleh sertai pra-tonton filem ini yang akan berlangsung Selasa depan (16 Mei 2017). Butiran tayangan dan bagaimana anda boleh menangi tiket ke tayangan perdana ini boleh didapati di bawah.

‘The Circle’ Premiere With The Vocket
Tempat: TGV Cinemas 1 Utama
Tarikh: 16 Mei 2017 (Selasa)
Masa: 9.00 Malam

Syarat Penyertaan
1. Ikuti dan ‘Like’ laman FB TGV Cinema dan laman FB Vocket. Share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #TheCircleMy pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Mei 2017 8.00 malam (Ahad). Pemenang akan dihubungi sama ada malam 14 Mei atau 15 Mei (Isnin).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Selamat berjaya!