The Coffee Bean and Tea Leaf berkolaborasi dengan HBO Asia perkenalkan minuman eksklusif Espresso Cream Latte sempena musim terakhir siri Game of Thrones. Menariknya, minuman tersebut menampilkan corak Viserion, naga ikonik dalam siri tersebut.

got1:vckt

Malah, anda berpeluang untuk mendapatkan minuman tersebut secara percuma hanya di The Coffee Bean and Tea Leaf, Mid Valley Megamall selama 8 hari iaitu pada 13 hingga 15 April 2019, 19 hingga 21 April 2019 dan 27 hingga 28 April 2019.

Tawaran ini dapat dinikmati oleh anda yang datang awal ke kafe The Coffee Bean and Tea Leaf, dan hanya 200 cawan sahaja akan diberikan secara percuma setiap hari. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial The Coffee Bean and Tea Leaf.