Pusat membeli-belah The Curve yang terletak di Damansara menjadi lokasi tumpuan ramai terbaru yang mencatatkan kes positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan melalui satu hantaran yang dibuat di akaun media sosial mereka pada semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dengan berat hati kami ingin memaklumkan pekerja Foot Solution telah disahkan positif COVID-19.

“Perkara itu dimaklumkan kepada pihak pengurusan The Curve selepas beliau menerima keputusan ujian saringan pada hari ini, 16 Oktober,” jelas mereka.

Susulan daripada perkembangan itu, para pekerja Foot Solution jelas mereka telah disaring dan keputusan ujian kesemua mereka kembali negatif.

Mereka bagaimanapun perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan hanya akan dibenarkan kembali bekerja selepas diuji negatif sekali lagi dan selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan The Curve.

Pusat membeli belah tersebut bagaimanapun menjelaskan akan meneruskan operasi mereka pada hari ini, Sabtu selepas melakukan proses sanitasi dan pembersihan pada jam 10 semalam.

Sebelum ini, pusat membeli belah terkenal 1 Utama juga turut dikesan mempunyai kes positif dalam kalangan pekerja dan pengunjung mereka.

Baca lebih lanjut mengenainya melalui perkongsian yang kami pernah siarkan sebelum ini di pautan di bawah.

1 Utama Jadi Pusat Membeli-Belah Terbaru Catat Kes Positif COVID-19

Selepas Pusat Beli-Belah 1 Utama, Mid Valley Megamall Dan The Gardens Pula Sahkan Kes Positif COVID-19

 

Sumber