Band The Gorillaz akhirnya sudah kembali, kali ini mereka muncul dengan dua buah lagu dengan pengumuman ahli keempat terbaru mereka iaitu Ace yang merupakan ketua kumpulan The Green Gang iaitu watak dalam cerita animasi The Powerpuff Girls.

Walaupun Ace bukan rekaan asli dari mereka tetapi beliau telah diumum secara rasmi oleh band ini melalui di Twitter yang mengatakan beliau merupakan barisan terbaru kumpulan The Gorillaz.

Ace The Gorillaz

Kepada yang belum dengar dua lagu baru mereka, anda boleh mendengar lagu mereka di sini, yang menariknya pelakon terkenal Jack Black telah membuat penampilan dalam muzik video Humility.