Semalam saya berkesempatan menonton filem The Great Wall arahan Zhang Yimou, sebuah filem bertemakan misteri dan thriller. Selain peminat filem thriller, faktor utama yang membuat saya tertarik menonton filem ini adalah untuk melihat hasil gandingan di antara pelakon terkenal Hollywood dan China.

Antara pelakon hebat yang membarisi filem The Great Wall ialah Matt Damon, Willem Dafoe, Pedro Pascal, Andy Lau, Jing Tian, Zhang Hanyu, dan juga Eddie Peng. Hasilnya, memang superb!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Great Wall berkisahkan cerita legenda tembok besar China

Bercerita tentang The Great Wall China, anda pasti akan tertanya-tanya apakah kisah sebenar di sebalik terbangunnya tembok besar ini. Jika menurut sejarah, terdapat pelbagai kisah yang menceritakan kenapa tembok besar ini dibina di China, dan filem The Great Wall sendiri akan menceritakan sebahagian daripada kisah legenda tersebut.

The Great Wall bakal merungkai misteri di sebalik pembangunan tembok besar China dimana ia dibina untuk menyelamatkan dunia daripada dihancurkan oleh sejenis makhluk luar biasa yang kuat dan merbahaya. Peristiwa ini kononnya berlaku pada abad ke 15.

Sinopsis dan sedikit ‘spoiler’

Pada awalnya, dua orang tentera iatu Wiliam Garin (Matt Damon) dan Pero Tovar (Pedro Pascal) adalah antara pasukan elit yang dibayar untuk menjalankan misi mencari serbuk hitam oleh orang Inggeris ke China, namun dalam perjalananya ia diburu oleh tentera dan akhirnya tertangkap.

Semasa di dalam tahanan, ketika itulah dia baru sedar dan terjebak secara langsung dalam peperangan tersebut. Dalam cerita ini, William Garin yang pada mula datang mencari serbuk hitam akhirnya menukar niatnya dan turut sama membantu menentang makhluk tersebut.

Serangan makhluk ganjil ini akan berlaku setiap 60 tahun dan ia berpunca disebabkan sifat tamak manusia. China berhadapan dengan masalah besar apabila terpaksa menentang sejenis makluk aneh yang sangat kuat, kekuatannya hampir boleh memusnahkan semua benda. Jika serangan ini tidak dapat dihentikan, seluruh China akan hancur musnah dan seterusnya akan merebak ke seluruh dunia.

Jadi di sini, China terpaksa bertanggungjawab terhadap kesilapan lampau yang pernah dibuat oleh zaman pemerintahan yang sebelumnya.

Maka di sinilah peranan William Garin membantu hentikan peperangan ini. Apa yang bakal berlaku seterusnya yang itu mesti anda tonton sendiri. Dari penelitian saya, cerita ini sangat best dan tidak membosankan.

Sedikit unsur lucu ditambah dengan aksi hebat para pejuang menentang makhluk ini buat saya tidak sabar untuk lihat apa yang berlaku seterusnya. Setiap watak membawa peranan dan tugas yang berbeza. Jalan cerita yang disusun dengan baik dan mudah difahami.

Tidak terlalu banyak babak magis dan majoriti daripadanya semua boleh diterima akal. Lebih kepada taktik perang dan paling win, punyalah power sistem pertahanan tembok besar China, orang putih datang juga baru semuanya settle.

Cadangan saya pergilah tonton filem ini, memang tidak mengecewakan. Lepas tengok rasa mahu jalan sampai penghujung tembok China! Saya bagi 7/10 biji Vocket.