Sebut saja Serkam, saya tergambarkan ikan bakar. Selain dari itu… tiada, hanya ikan bakar! Itu pun kerana saya pernah melalui daerah Serkam pada suatu ketika dahulu dan saya berhenti untuk nikmati ikan bakar.

Bila dijemput untuk bermalam di sana, tidak dapat dibayangkan penginapan bagaimana yang menanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah melalui perjalanan lebih 150km dari Kuala Lumpur, kami tiba ke lokasi, The Hut. Perkataan pertama terpacul keluar… “Wow!”

01 Main

The Hut merupakan tempat penginapan yang penuh dengan nilai-nilai tradisi. Ia dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah yang menyerlahkan lagi unsur-unsur perkampungan Melayu.

Mempunyai 5 buah bilik – 2 buah bilik dengan 1 katil Queen dan 3 buah bilik dengan 2 katil single, yang boleh disewakan secara berasingan atau kelima-lima bilik sekali.

02 Queen Room 03 Single Room

Bilik yang dibina menggunakan kabin ini dihiasi dengan dekorasi dan kelengkapan perabot yang moden. Terdapat TV LCD dalam setiap bilik buat mereka yang tidak boleh hidup jika terlepas slot Akasia TV3.

Bilik air juga tip-top dengan jubin kontemporari serta rain shower yang besar. Pendek kata, anda akan rasakan ibarat bermalam di bilik hotel di sini.

04 Toilet

Bagi memastikan pengunjung tidak terputus hubungan dengan dunia luar, sambungan internet sentiasa tersedia melalui wifi.

04 Wifi

Tiada kafe menjual makanan, namun The Hut menyediakan dapur dan ruang makan sebagai common area yang boleh digunakan oleh in house guest. Kemudahan yang disediakan adalah seperti dapur untuk memasak, microwave, peti sejuk, BBQ pit dan sarapan asas – roti, mentega, jem, kopi dan teh secara percuma.

Sekiranya anda inginkan hidangan lengkap, The Hut juga ada menyediakan pakej sarapan (RM6.50 per pax) dan makan tengahari atau malam (RM13.00 per pax), namun haruslah memaklumkan kepada pihak The Hut dengan lebih awal.

Jika inginkan pula santapan yang lebih mewah, anda ada 2 pilihan samada menjengah ke medan ikan bakar berdekatan atau pre-arrange hidangan BBQ oleh pihak The Hut.

05 BBQ

Apa pula aktiviti yang boleh dilakukan di sini?

The Hut ada menyediakan perkhidmatan sewaan basikal klasik Jepun untuk anda bersiar-siar sambil menikmati keindahan pemandangan sekitar Kampung Serkam ini.

15 Berbasikal

Antara kawasan sekitar yang boleh dilawati adalah;

12 Sawah PadiMenikmati keindahan sawah padi yang terbentang luas.

11 Ikan Bakar SerkamMenjamu selera di Medan Ikan Bakar Serkam (500m).

13 Jeti Pantai SiringJeti Nelayan Pantai Siring (2km).

09 RumahMatNatarMelawat Rumah Penghulu Mat Natar di Merlimau. Ia adalah rumah tradisional yang masih kekal sehingga hari ini di bawah jagaan Muzium Melaka (5 km).

08 Jeti Anjung BatuJeti Anjung Batu yang menawarkan perkhidmatan bot untuk ke pulau yang penuh mistikal iaitu Pulau Besar (5km).

Namun tim kami memilih untuk ke destinasi yang lebih afdal iaitu ke Masjid Jamek Serkam untuk bersolat Zuhur.

14 Masjid JamekMasjid Jamek Serkam yang telah berusia lebih 160 tahun ini terletak hanya 200m dari The Hut.

Untuk yang tidak menggemari aktiviti luar, bolehlah bersantai di The Hut sambil bermain beberapa permainan board games yang disediakan seperti chess, checkers, snake & ladder dan carrom.

06 Chess

Yang menginap bersama anak-anak pasti gembira kerana The Hut juga turut meyediakan sebuah kolam renang atas tanah bersaiz 10 x 15 kaki untuk mereka bermain air.

04 Pool

Satu perkara yang menarik perhatian kami, di satu sudut kawasan penginapan The Hut ini terdapat susunan rumah pokok kelulut.

16 Rumah KelulutPengunjung boleh melihat sendiri bagaimana madu kelulut terhasil dan terkumpul.

17 KelulutDikatakan harga madu kelulut boleh mencecah sehingga RM120~RM180 seliter.

Secara keseluruhan, menginap di The Hut memberi satu pengalaman yang bisa menggamit memori zaman kecil ketika membesar di kampung. Juga bagus buat mereka yang inginkan suasana tenang dan damai dari keriuhan kota.

Buat warga Singapura, perkhidmatan van shuttle yang boleh memuatkan sehingga 18 orang, untuk mengambil dan hantar dari dan ke Singapura turut disediakan. Bukan itu sahaja, bahkan pakej untuk bersiar-siar dan melawat Bandaraya Melaka Bersejarah juga ada ditawarkan.

Cuti sekolah pun sudah bermula. Bilik pun semakin penuh. Tapi dengar-dengarnya masih ada kekosongan pada hari-hari tertentu. Untuk pertanyaan dan tempahan bilik bolehlah diajukan terus kepada Encik Khairul Afnan, pemilik bersama The Hut di talian +60123202611.

Nama destinasi : The Hut @Serkam
Lokasi : KM 18, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka (waze)
Layari laman Web dan Facebook.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram