Let me tell you a secret.

Sejujurnya, saya tidak pernah mendengar tentang band ini sehinggalah 3 hari lepas semasa sedang membuat kajian tentang band indie tempatan. Dan sejujurnya, saya amat terkejut kerana mendengar nada muzik yang segar dengan bunyi yang amat berbeza sekali. Bunyi yang hanya sinonim dengan band luar negara, tetapi dengan pengaruh tempatan, telah dibawa dengan sangat baik oleh tiga beradik perempuan yang menggelar diri mereka ‘The Impatient Sisters’.

Dianggotai oleh Soraya, Nazeera dan Irena, tiga beradik dari Kuantan, lagu-lagu yang dibawa penuh dengan jiwa romantik hasil paduan suara harmoni dengan iringan gitar akustik bersama-sama dengan alat muzik yang jarang digunakan dalam muzik tempatan seperti celo, ukulele, glockenspiel dan kazoo. Lirik ikhlas yang dicipta sendiri menusuk ke jiwa melalui nyanyian yang lembut dan manis tetapi masih berkuasa menerusi suara yang jelas.

Saya mula mengenali band ini melalui video dari TapauTV di atas. Disebabkan oleh minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian, tiga beradik ini pada mulanya membuat lagu cover lalu meletakkan video di Youtube hanya suka-suka. Mereka kemudiannya telah menerima jemputan sebagai penyanyi opening untuk kawan, dan dari situ seseorang mencadangkan mereka membuat lagu sendiri. Kenali The Impatient Sisters lebih lanjut dalam Bahagian 2 dan Bahagian 3 TapauTV.

Lagu yang menjadi dendangan peminat-peminat kumpulan ini termasuklah The Ark, Hey There Young Sailor, Love dan lagu berbahasa Melayu, Oh Kawan.

Ini pula tiga lagu kegemaran saya:

Comets and Stars

Sister Don’t Cry – yang menampilkan muzik tradisional India

Dan tentunya, lagu yang sangat catchyThe Ark

Berita baik, mereka akan mengadakan gig di The Bee, Jaya One, Petaling Jaya pada 12 May 2015 dan Pantai Sepat, Kuantan pada 16 May 2015.

Ketahui lebih lanjut tentang The Impatient Sisters di laman sosial mereka seperti di bawah:

Facebook – The Impatient Sisters
Twitter – @theimpsis
Youtube – Cempaka Sessions

Kami di Vocket mengucapkan selamat maju jaya kepada The Impatient Sisters, dan semoga kita dapat bekerjasama pada masa hadapan ;)

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram