Nampaknya berlaku pertelingkahan antara ketua Autobots, Optimus Prime dengan anak buahnya, Bumblebee. Robot-robot dinosor purba juga membuat kemunculan dalam trailer terakhir untuk The Last Knight ini. Macam ada sinar kegembiraan untuk semua peminat setia Transformers dan harap-harap The Last Knight lebih baik dari filem yang sebelum ini. Transformers: The Last Knight kan mula ditayangkan di pawagam bermula Khamis ini. Autobots, roll out!