Karya versi computer-animated image (CGI) Lion King nampaknya menerima respon yang baik daripada peminat di seluruh dunia.

Lion King telah berjaya membuat kutipan keseluruhan USD1.33 bilion di seluruh dunia dan telah menewaskan kutipan yang dibuat oleh animasi Frozen, USD1.27 bilion sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ada yang keliru filem Lion King ini dibawah kategori live action atau pun animasi. Sebenarnya, filem ini masih dikategorikan animasi kerana untuk sesebuah filem itu berada di bawah kategori live action, singa dan haiwan lain yang sebenar perlu berlakon.

The Lion King tidak mendapat kutipan yang tinggi di Amerika Syarikat tetapi kutipan dari seluruh dunia banyak membantu dalam misi pecah rekod The Lion King.

Rekod ini mungkin tidak bertahan lama kerana Frozen 2 akan ditayangkan di pawagam pada November 2019. Kami yakin, peminat tegar Frozen akan menjadikan siri Frozen nombor satu semula November nanti.

BACA: ‘BoboiBoy 2’ Pecah Rekod Raih Kutipan RM1.18 Juta Hari Pertama Tayangan