Setelah beroperasi selama 12 tahun di Malaysia, kedai bakeri terkenal The Loaf dilaporkan telah menutup kesemua cawangan mereka kelmarin.

Sekiranya anda belum tahu, The Loaf merupakan kedai roti yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamed di mana beliau memiliki 51% saham dalam The Loaf. The Loaf diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn Bhd dan ia merupakan usahasama Dr Mahathir dengan Motoko Resources Sdn Bhd.

Cawangan pertama The Loaf ialah di Telaga Harbour, Langkawi yang dibuka pada tahun 2006 dengan kos RM3 juta. Pada 2007, The Loaf dibuka pula di Pavilion dan diikuti dengan cawangan lain di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Sogo, Mitsui Outlet Park dan The Mines.

Baca: 5 Pegangan Hidup Pasangan Ini Yang Pernah Ditipu Tapi Kini Miliki 4 Kedai Kek

Andrew Heng, penasihat kewangan untuk The Loaf berkata pemilik bersama memilih untuk menutup kesemua cawangan kerana tidak mungkin lagi untuk meneruskan perniagaan berkenaan berikutan kerugian yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Di Langkawi, notis pengumuman penutupan ini ditampal di pintu pada awal pagi semalam. Notis itu tertera ucapan terima kasih kepada semua pelanggan setia mereka. Manakala di Sogo Kuala Lumpur, para pekerja menerima notis penutupan ini awal pagi semasa ingin membuka kedai.

https://twitter.com/imannwu/status/984410490058096646

Dengan penutupan mengejut ini, ramai yang tidak dapat lagi menikmati air kopi kiub di The Loaf. Apakah menu kesukaan anda di The Loaf?

The Loaf 2

30656300_2090125497980487_5587660964997627904_n