Kalau dalam Fast 5 orang ramai sangka scene melarikan bilik kebal bank di tengah tengah bandar sudah cukup kental tapi dalam Fast 6 kita disajikan dengan scene yang lagi power iaitu kereta kebal merempuh kereta kereta awam di lebuh raya.

Dalam Furious 7 kami terpaksa akui scene supercar terbang merentasi dua pencakar langit Abu Dhabi lagi gempak walaupun hanya CGI. Memang world class betul idea dan imaginasi pembikin filem Fast & Furious. Sebelum filem Furious 7 ditayangkan ramai yang meneka kereta apakah yang terbang itu bersandarkan trailer yang dikeluarkan. Namun satu pun tidak kena. Kami sendiri pun pada mulanya meneka itu kereta McLaren.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yang sebenarnya ia ialah kereta yang kita jarang dengar iaitu The Lykan Hypersport, sebuah supercar yang sangat sangat terhad, dan sangat sangat mahal. Hanya ada 7 buah saja di dunia dan berharga USD3.4 juta. Sekiranya ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan penambahan cukai dan kejatuhan mata wang RM, harganya mungkin RM25 juta.

The Lykan Hypersport dibina oleh W Motors sebuah syarikat pengeluar kereta yang bertapak di Dubai yang menggelar diri mereka syarikat supercar Arab yang pertama. Syarikat ini dimulakan oleh Ralph Debbas dan didedikasikan untuk membuat kereta yang sangat sangat mewah yang hanya sheikh sheikh minyak sahaja mampu beli.

Kereta ini dikuasai enjin 3.8 liter twin-turbo flat-six yang diambil daripada Porsche tuner RUF yang menghasilkan 770 hp dan 708 ft.-lb torque melalui transmisi kotak gear 7 kelajuan. Menurut W Motors, Lykan mampu capai 0-100km/h hanya dalam masa 2.8 saat.

Pada bahagian dalam Lykan pula terutama tempat duduk, ia dijahit dengan benang emas dan W Motors mengatakan paparan media dibahagian tengah kereta ini boleh dipaparkan dalam bentuk holografik.

Menariknya lagi, Supercar ini didatangkan dengan 24 jam servis jurutera dan “flying doctors” untuk membantu dan memenuhi kehendak anda dan Lykan mana mana saja di dunia ini. Harga yang tinggi datang dengan servis yang eksklusif.

Layan galeri video dan gambar selepas ini.

BACA: Adakah Pengakhiran Fast & Furious 7 Membuatkan Anda Menangis?

gallery_nrm_1422922588-lykanhypersport_road

l1_1

l2_1

l3_1

l4_1

l5_1

l6_1

l7_1

l8_1

l9_1

l10_1

l11_1

l12_1

l13_1

l14_1

l15_1

l16_1

l17_1

l18_1

l19_1

l20_1

l21_1

l22_1

l23_1

l24_1

l25_1

l26_1

l27_1

l28_1

l29_1

l30_1

l31_1

l32_1

l33_1

l34_1

l35

l36_1

l37_1

landscape_nrm_1422922588-lykanhypersport_road

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram