Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses ke portal The Malaysian Insider (TMI) melalui beberapa penyedia perkhidmatan Internet.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, mengesahkan sekatan melalui satu mesej bertulis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kami akan keluarkan kenyataan,” beliau memberitahu TMI.

Sementara itu, ketua eksekutif dan editor TMI, Jahabar Sadiq mendakwa tiada notis dikeluarkan tentang pelanggaran undang-undang.

“Ini adalah satu kejutan yang tidak menyenangkan. Saya telah cuba untuk menghubungi SKMM, tetapi pegawai-pegawai bermesyuarat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ujian yang dijalankan oleh akhbar online Free Malaysia Today (FMT) mendapati bahawa TMI disekat kepada pengguna Celcom, U Mobile dan UniFi.

Laman web TMI disekat dengan notis – “Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara”.