Sudah bosan terperap dalam rumah dan ingin lari dari hiruk pikuk kota? Apa kata anda berkunjung ke Perak dan ‘staycation’ di The Maxwell Bus ini.

Bukan sahaja akan berikan kelainan tetapi akan membuat minda anda berasa tenang. Menariknya, The Maxwell Bus ini adalah penginapan yang telah transformasi bas kepada sebuah penginapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

6c40f9c5-3f2d-45e4-8dd3-1abcc83b30e2.jpg

49cbd5a5-f64a-441d-b92d-1cca0c503c27.jpg

103385293_677509963029840_1805877236789420660_n

Masih mengekalkan sebahagian barangan dalam bas seperti stereng, ia berjaya menonjolkan rasa klasik dan dapat membuat anda mengimbau kenangan dalam bas. Mungkin detik perkenalan anda dengan pasangan ketika berada dalam bas?

Dikelilingi dengan alam semulajadi, anda pasti akan berasa nyaman dan akan dihadiahkan dengan pemandangan indah terutama sekali ketika matahari terbenam. Confirm romantik lihat matahari terbenam bersama tersayang.

82973824_677510029696500_7562659973890570100_n

104093617_677510063029830_1095834212937080065_n

f0e3e56f-d997-41c8-bddf-abb4e3339cda

Penginapan ini lengkap dengan tilam, kipas, lampu, soket caj telefon bimbit dan banyak lagi. Rekaan dalaman membuatkan anda seperti berada dalam rumah anda yang selesa.

Akan tetapi, bilik air tidak disekalikan dalam bas. Kiranya seperti anda sedang berkhemah tapi menggunakan bas. Malah, terdapat gazebo untuk anda chill bersama pasangan atau rakan anda nikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

102957557_677510099696493_3173776450752591861_n

543af4e9-0f4e-440f-8c87-8852f9a45ad1.jpg

Bagi anda yang ingin mencuba penginapan ini, harganya bermula dari RM129 sahaja dan anda boleh membuat tempahan di sini. Jom kita menginap di sini!

Jika anda sering melancong ke luar negara, apa kata tahun ini cuti-cuti Malaysia? Kami senaraikan beberapa tempat yang anda boleh kunjungi pada pautan di bawah ini.

Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

Gopeng Glamping Park, Destinasi ‘Outdoor’ Baharu Yang Menarik Di Perak