Umum mengetahui pelakon dan pengacara cantik tersebut kini berada di Maldives. Namun ramai yang terpegun dengan kecantikan bilik hotel yang dimuat naik oleh Neelofa semalam. Menariknya, lokasi penginapan beliau itu bukanlah hotel-hotel biasa tetapi di The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Resort.

https://www.instagram.com/p/BpJn1-GjnqW/

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang mencuri tumpuan orang ramai ialah harga bilik tersebut yang bernilai hampir USD50,000 (±RM208,000) untuk satu malam. Vila dua tingkat tersebut dilengkapi dengan reka bentuk moden dengan teknologi hebat yang membenarkan penginap bilik tersebut untuk menikmati pemandangan laut di tingkat atas dan pemandangan dasar laut di tingkat bawah. Lihat sahaja perkongsian video di InstaStory Neelofa yang sungguh menakjubkan.

https://www.instagram.com/p/BpM-XeKD0JP/
https://www.instagram.com/p/BpN5f4EjLgf/

capture-20181022-100840

Vila ini juga dikenali sebagai penginapan pertama di dunia yang menawarkan pemandangan dasar laut di dalam ruang tidur. Jadi tidak hairanlah mengapa harga bilik tersebut boleh mencecah harga RM200,000 untuk satu malam. Dengan pengikut Neelofa yang ramai di Instagram (5.7 juta), ianya satu exposure yang baik untuk vila berkenaan kerana kini ramai yang semakin mengetahui kewujudan vila The Muraka ini.

Mungkin anda boleh mula menabung dari sekarang untuk merasai sendiri pengalaman tidur bersama hidupan laut di sini. Atau dengan harga berkenaan boleh beli sebuah rumah di Malaysia. Tepuk dada tanya selera.