Bagi mereka yang gemar berlari diluar sana, ini merupakan acara yang sesuai untuk anda. Ianya bukan hanya sesuai untuk mereka yang selalu berlari, tapi buat anda semua tidak kira tua dan muda, semua boleh menyertai The Music Run anjuran CIMB yang akan diadakan pada 23 November 2019 bertempat di Stadium Sukan Kebangsaan di KL Sports City.

The Music Run 2019 merupakan acara larian yang dianjurkan buat kali ke-6 dan menariknya dalam acara larian ini, anda bukan sahaja dapat menyihatkan badan dengan berpeluh tetapi anda juga akan dihiburkan dengan pelbagai jenis muzik yang pelbagai.

photo_2019-06-21_20-52-08

Terdapat dua kategori yang dibuka iaitu larian 5 KM dan larian 10 KM. Setelah larian tamat, anda akan dihiburkan dengan artis jemputan. Pastinya anda akan teruja dengan berita ini.

Yuran penyertaan hanyalah bermula dari RM85 sahaja dan anda akan mendapat t-shirt khas, goodies beg, medal dan banyak lagi. Bagi anda yang berminat untuk menyertai larian ini boleh mendaftar di sini. Adalah diingatkan bahawa anda boleh membeli tiket bermula pada 11 Julai 2019 ini jam 12 tengah malam.

Jangan lupa temujanji kita di The Music Run. Sebarang maklumat, anda boleh layari laman web ini.