Untuk terus kekal berada dalam pasaran, jenama The North Face bakal mengambil langkah sangat berani dengan menjual barangan refurbished. Syarikat ini akan bekerjasama dengan The Renewal Project untuk menghasilkan koleksi pakaian yang upcycled, ‘pakaian yang dibuang’ untuk dijual semula dengan penjenamaan baru iaitu ‘The North Face Renewed’.

Kesemua barangan yang rosak, dipulangkan dan tidak menepati standard kilang akan diberi sentuhan semula serta bakal dijual dengan separuh harga dari harga yang asal. Ini merupakan langkah-langkah jenama mereka untuk bersaing dalam industri pakaian aktiviti lasak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada sesiapa yang kurang berkemampuan teringin untuk memiliki barangan The North Face, anda boleh pergi terus laman web ini untuk melihat koleksi mereka.