Setiap pasang kasut yang dihasilkan dalam koleksi Off-White x Nike pastinya akan laku keras dan kebiasaanya akan sold out pada hari pertama dilancarkan. Malah, harga kasut-kasut ini juga turut dijual oleh reseller dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Koleksi Off-White x Air Jordan 1 pada kali ini hadir dalam saiz kanak-kanak. Menariknya untuk koleksi kali ini, ia tampil dengan 3 pilihan warna iaitu UNC yang menawarkan warna putih dan biru, Chicago yang menawarkan warna merah,putih dan hitam, dan EU yang berwana putih.

Untuk pengetahuan anda, koleksi ini dikhabarkan akan tersedia pada bulan Oktober ini. Walau bagaimanapun, harga dan tarikh rasmi masih belum diketahui.