Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pelumba basikal terkenal negara Azizulhasni Awang atau nama gelarannya The Pocket Rocketman kini kembali menghuni kedudukan nombor 1 dunia dalam acara pecut individu.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri Azizulhasni melalui satu ciapan yang dibuat di akaun Twitter miliknya pagi tadi serta seperti dilaporkan beberapa portal tempatan.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Azizul difahamkan ketika ini mengumpulkan 1,600 mata untuk mengatasi pencabar terdekat Tomohiro Fukaya dari Jepun di kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata.

“Kembali ke puncak dunia.

“Nombor 1 untuk pecut individu. Nombor 2 untuk Keirin,” kongsi beliau.

Menteri ucap tahniah

Perkhabaran gembira itu turut mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan Reezal Merican Naina Merican yang turut mengucapkan tahniah buatnya.

Jelas beliau, Azizulhasni sememangnya layak menghuni tempat pertama kedudukan dunia itu.

“Anda sudah lama menjadi nombor 1 di Malaysia.

“Kini tiba giliran untuk mendapatkan tempat anda di puncak dunia,” ciapnya di Twitter.

Baca kembali perkongsian kami mengenai jentera Azizulhasni yang mencecah harga RM300,000 sebelum ini melalui pautan di bawah.

Harga Cecah RM300,000, Ini Jentera Yang Bakal Digunakan Azizulhasni Untuk Olimpik 2020

Biarpun Bertubuh Kecil, Ini 4 Perkara Boleh Dipelajari Daripada Azizulhasni Awang Pocketrocketman

‘Lesen Dan Plat Hanya Akan Mengurangkan Pengguna Basikal’- Azizulhasni Awang

Anda Mungkin Suka