Anda berasa marah, ‘burnout’, dan kecewa? Kalau kami katakan ada satu tempat yang anda boleh kunjungi untuk lepaskan emosi anda, adakah anda akan pergi?

Terletak di Berjaya Times Square, The Rage Room oleh MYBestBox ini akan membenarkan anda untuk memecahkan dan menghancurkan barang secara random seperti botol kaca dan skrin komputer dalam ruangan khas.

https://www.instagram.com/p/B9I2Pp7JEfc/

Dengar sahaja sudah buat anda teruja, bukan? Jika anda risau akan keselamatan diri, anda akan diberikan alatan perlindungan seperti helmet dengan pelindung muka dan juga baju jumpsuit bertutup.

Anda boleh memilih sendiri peralatan seperti kayu golf, crowbars, dan kayu baseball. Pemilihan lagu ketika anda lepaskan emosi juga penting, jadi terdapat pelbagai pilihan lagu yang boleh dipilih.

https://www.instagram.com/p/B5SMkNZBVdQ/

Memang menarik! Apa tunggu lagi, ini masanya anda berkunjung ke The Rage Room ini untuk lepaskan perasaan anda. Harga tiket masuk untuk satu sesi hanyalah RM40 seorang pada hari biasa dan RM45 pada hujung minggu.

MYBestBox ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain The Rage Room, terdapat permainan lain yang ada di sini seperti Party Room, Crazy Cartz dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman sesawang MYBestBox.

Sementara itu, baca artikel berkaitan tempat yang boleh dikunjungi untuk bersuka-ria bersama rakan-rakan di The Vocket. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Hanya RM35 Sejam, Gadis Ini Kongsi Keseronokan ‘Berparti’ Bersama Rakan Di Party Room

Rasai Pengalaman Unik, ‘Check-In’ Ke Hotel Berhantu Pertama Di Asia Tenggara

Lihat Kafe Di Cyberjaya Penuh Dengan Permainan Untuk Anda ‘Chill’ Bersama Rakan