Konsert minggu kedua program Gegar Vaganza Musim ke-9 2022 (GV9) telah berlangsung dengan tema ‘Malar Segar Mekar Membara’ pada malam tadi.

Menjadi buah mulut netizen apabila persembahan pembukaan pada malam itu menampilkan pengacara tetap Elly Mazlein dan kemunculan istimewa penyanyi, Yang Mulia Che Puan Sarimah Binti Ibrahim berduet menyanyikan lagu Kini Kau Tiada.

Baca Juga:

@astrogempak

Gempaklive: Jangan lupa tgk Sarimah Ibrahim kat Vass Vaganza lepas show GV9 nnt! #GegarVaganza #GV9 #GegarVaganza9 #bintangkembalimenyengat

♬ original sound – Gempak – Gempak

Kemunculan Sarimah membuat persembahan malam tadi telah mengegarkan pentas itu dan memeriahkan lagi suasana. Malah, Sarimah yang membuat kemunculan di atas pentas GV9 telah meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen cukup teruja.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen memuji penampilan Sarimah dan mengatakan beliau masih cantik serta kekal awet muda walaupun sudah berusia 42 tahun.

Malah, ada juga netizen mahu Sarimah kembali mengacara dalam mana-mana program kerana rindu mahu melihatnya di kaca TV. Segelintir netizen turut berseloroh bahawa Sarimah ‘vampire’ kerana tidak kelihatan tua walaupun sudah berusia.