Sony nampaknya hadir dengan sebuah lagi inovasi terbaru dalam usaha untuk menangani musim panas yang bakal melanda Jepun tidak lama lagi. Inovasi yang diperkenalkan ini membolehkan pengguna sentiasa berasa dalam keadaan sejuk dengan adanya ‘aircond’ yang dinamakan sebagai ‘The Reon Pocket’.

Hadir dengan saiz sebesar kad, Reon Pocket membolehkan pengguna meletakkannya di bahagian dalam baju dengan kemas. Menggunakan sistem teknologi terbaru, para pengguna turut berpeluang memilih suhu yang sesuai hanya melalui telefon pintar anda sahaja. Menariknya model ini mampu bertahan sehingga 24 jam penggunaan dan boleh dicaskan menggunakan USB-C.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, projek The Reon Pocket ini masih lagi menunggu untuk dilengkapkan sepenuhnya. Setakat ini projek ini sudahpun siap sekitar 85% dan sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, model ini bakal dilancarkan di Jepun dengan harga serendah ¥12,760 (RM453). Mengetahui cuaca di Malaysia yang panas mungkin model ini bakal menjadi penyelamat pada masa akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=2dlzdZlbq2Q