Bagi sesiapa yang membesar di era 90an, pasti sangat ingat filem Jumanji ini. Filem yang keluar pada tahun 1995 lakonan Robin Williams mengisahkan dua adik beradik yang bermain satu board game kuno bernama Jumanji di mana segala yang berlaku di dalam board game berkenaan akan menjadi kenyataan.

Tahun hadapan filem ini nanti akan diberi nafas baru oleh pelakon-pelakon hebat diketuai Dwayne ‘The Rock’ Johnson! Menambah perisa keriangan filem ini adalah pelakon komedi hebat yang akan bergandingan dengan Dwayne dalam filem ini iaitu Jack Black dan Kevin Hart. Filem ini akan diserikan dengan seorang pelakon wanita baru, Karen Gillan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut berkenaan filem ini tetapi Dwayne telah memuat naik gambar di hari pertama pengambaran filem ini.

Mesti pecah perut filem ini bila siap nanti. Dwayne dan Kevin sebelum ini pernah bergandingan bersama dalam filem komedi Central Intelligence. Ditambah lagi dengan telatah Jack Black, filem reboot Jumanji ini semestinya filem wajib tonton untuk tahun hadapan.