Sebelum bermulanya tayangan filem Avengers: Infinity War, filem lakonan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Rampage adalah filem aksi yang paling hot. Siapa yang sudah tonton filem Rampage pasti tahu betapa seronoknya filem Rampage ini.

The Rock dalam satu posting di Instagramnya semalam mengucapkan tahniah kepada filem Infinity War kerana filem berkenaan yang kini sedang memecahkan pelbagai rekod di Hollywood. Paling menarik dalam video yang dimuat naik oleh The Rock ini adalah keinginan beliau untuk berlakon bersama punca Thanos dapat mengumpul kesemua Infinity Stones, Chris Pratt.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Chris Pratt yang memegang watak Peter Quill a.k.a Star-Lord menjadi pilihan The Rock kerana ramai peminatnya yang mahukan mereka berdua bergandingan dalam satu filem. The Rock mendengar permintaan peminat itu dan ingin menjadikan ianya realiti.

Lebih menarik apabila Chris Hemsworth turut mahu bersama dalam projek ini. Di ruangan komen video ini Chris menulis, “Add my name on the board champ.” Walaupun ketika ini ianya sekadar ajakan tidak formal, bagaimanakah jika filem ini benar-benar berlaku?

Gabungkan Thor, Star-Lord dan The Rock dalam satu filem, pastinya akan terciptanya satu filem yang epik. Pada pandangan anda, filem jenis apa yang sedang bermain di kepala The Rock ketika ini? Kami dapat jangka ianya satu filem komedi aksi. Buat masa ini Chris Pratt masih belum mengeluarkan sebarang jawapan tetapi jika ianya The Rock, pasti Chris Pratt akan menjawab ‘YA’.