Mengambil artis terkenal sebagai duta produk bukanlah sesuatu yang baru dan nampaknya Apple telah memilih Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama ‘The Rock’ untuk digandingkan bersama Siri. Dikatakan pemilihan The Rock ini sesuai dengan dirinya sebagai pelakon tersibuk Hollywood manakala penggunaan Siri mampu membuatkan jadualnya lebih terurus serta lebih mudah. Tonton bagaimana gabungan The Rock bersama Siri berjaya membuatkan pelakon ini kekal produktif.