Walaupun siri Hobbs & Shaw juga sebahagian daripada franchise Fast & Furious (F&F), namun pelakon Dwayne ‘The Rock’ Johnson sudah tidak disenangi oleh beberapa pelakon utama F&F terutamanya pelakon Tyrese Gibson.

Tahap tidak suka Tyrese kepada The Rock agak tinggi sehinggakan beliau memuat naik posting di Instagram memperlekehkan kutipan yang kurang memberangsangkan ‘Hobbs & Shaw’ berbanding siri F&F yang lain. Namun, posting berkenaan telah pun dipadam oleh Tyrese.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, dua hari yang lalu, Dwayne memuat naik tweet ini di Twitter dengan mengatakan filem Hobbs & Shaw kini merupakan filem No.1 dan sudah pun membuat kutipan USD333 juta di seluruh dunia. “Ingat, cara terbaik untuk diamkan seorang ‘badut’ ialah dengan kejayaan dan senyuman,” tulis Dwayne.

Warga Twitter secara terus tahu siapa badut yang dimaksudkan oleh Dwayne. Tidak lain tidak bukan, buat Tyrese. Tyrese adalah antara insan yang tidak berpuas hati apabila pihak Universal Pictures mahu menghasilkan siri spin-off untuk franchise F&F.

Tyrese sebelum ini turut menuduh Dwayne sebagai ‘pengacau’ dalam siri F&F. Fast & Furios 9 sedang dalam penggambaran ketika ini dan Dwayne tidak akan terlibat untuk filem F&F ke-9 ini.

Hobbs & Shaw tidak boleh dikira gagal kerana filem ini masih lagi ditayangkan dan buat duit di seluruh dunia. Namun, cara The Rock ‘ajar’ Tyrese ini memang sangat cool.

BACA: Kenapa Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw Melukakan Hati Pelakon Asal?