Nampaknya gelaran Dwayne ‘The Rock’ Johnson sebagai The People’s Champ ketika zaman di WWE itu melekat hingga ke hari ini apabila 46% rakyat Amerika Syarikat mahu beliau diberi peluang sebagai presiden negara tersebut dalam satu tinjauan yang dibuat.

Dwayne berkongsikan petikan artikel Newsweek di laman Instagram serta Facebook miliknya dan berkata jika diberi kepercayaan, beliau sedia menggalas cabaran tersebut. The Rock juga berkata beliau tidak mempunyai perwatakan seperti presiden Amerika Syarikat sebelum ini tetapi beliau tetapi bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“Terharu. Saya rasa pengasas Amerika Syarikat tidak sekali pun menjangka seorang yang berketinggian 6 kaki 4 inci, botak, bartatu, separuh berkulit hitam, separuh Samoa, memandu truk dan memakai beg fanny akan menyertai ‘kelab mereka. Apa pun, saya ia satu penghargaan untuk berkhidmat untuk rakyat Amerika Syarikat,” tulis Dwayne.

Perkongsian itu mendapat sokongan padu daripada selebriti dan peminatnya. Rata-rata mengatakan Dwayne layak sekiranya beliau diberi peluang untuk bertanding jawatan presiden di masa akan datang.

Selain itu, selebriti lain yang rakyat Amerika Syarikat mahu berada di White House termasuklah Angelina Jolie, Oprah Winfrey, Tom Hanks, dan Will Smith.

Walaupun begitu, ada yang menentang idea selebriti memegang jawatan dalam dunia politik kerana ‘berwayang’ adalah kelebihan mereka. Jadi,kemungkinan besar mereka cuma nampak gah di hadapan kamera dan tidak dalam menjalankan tugas.

Apa pun, ia bukan satu kejutan jika The Rock berjaya memegang jawatan presiden. Jika Donald Trump pun boleh, mengapa tidak The Rock?

Ini beberapa artikel lain lain berkaitan The Rock. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pertama Kali Berbekam, Foto The Rock Ini Cetus Perbalahan ‘Islamophobia’ Di Kalangan Netizen

The Rock Cabut ‘Auto Gate’ Guna Tangan, Tidak Mahu Terlambat Ke Tempat Kerja

Sumber