Pintu masuk baharu dengan seni bina yang bergaya telah dibuka di Tingkat P2, The School by Jaya One beserta dengan pembukaan penyewa utama AEON BiG, farmasi Guardian dan jenama makanan dan minuman terkenal lain termasuk Tiger Sugar, Famous Amos, Sangkaya, dan Fulleaf.

Pembukaan pintu masuk baharu ini bakal memberikan pengalaman membeli belah lebih menarik buat penduduk kawasan sekitar Seksyen 13, Petaling Jaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas 7 bulan tempoh pengubahsuaian yang panjang, AEON BiG yang berkeluasan 41,527 kaki persegi siap untuk menerima kedatangan komuniti Jaya One dengan gabungan barang dagangannya yang menarik, disertai dengan jenama lain termasuk Celebrity Fitness, BUMP Bouldering dan MR DIY dalam The School menjadikannya pusat membeli-belah yang kaya dengan tawaran menarik.

Diusahakan bersama oleh Jaya One dan AEON BiG, pasar raya besar ini berkonsep luar biasa yang merangkumi syarikat saudaranya, AEON dengan pelbagai tawaran makanan seperti La Boheme Bakery, C’est La Vie, produk import Jepun, Korea, dan Taiwan, Sedia Untuk Makan, dan pelbagai pilihan sushi.

AEON BiG di Jaya One juga menawarkan 80% makanan laut segar yang merangkumi ikan segar laut diimport langsung dari Norway, serta sayur-sayuran dan buah-buahan segar – bertujuan untuk mewujudkan pengalaman AEON BiG yang unik tidak seperti sebelumnya.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang baru, AEON BiG juga memperluaskan tawarannya dengan inisiatif baru seperti kaunter pandu-lalu dan pembantu peribadi untuk memilih dan membeli barang runcit untuk pelanggan.

Ini beberapa artikel lain yang berkaitan AEON yang menarik untuk dibaca. Klik pada pautan di bawah.

AEON Malaysia Tawar Kerja Sebagai ‘Rider’ Dan Beri Motosikal Secara Percuma

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON

Risau Ketua Keluarga Silap Beli Barang Dapur, AEON Perkenalkan Servis ‘Personal Shopper’