Semalam secara rasminya telah tertutup tirai pertandingan bola sepak yang paling berprestij iaitu Piala Dunia FIFA edisi 2018 yang diadakan di Rusia dimana Perancis berjaya muncul sebagai juara.

Sebagai penghargaan kepada pasukan Perancis, The Shoe Surgeon telah menghasilkan kasut edisi istimewa khas buat Perancis. Mereka telah menggunakan model Air Jordan 1 untuk menjayakan penghasilan ini.

Untuk rekaan ini, The Shoe Surgeon telah menampilkan logo persatuan bola sepak Perancis ‘FFF’ pada lidah kasut ini. Untuk lidah kasut ini mereka telah mengambil ispirasi dari rekaan kasut bola yang lama iaitu Nike Tiempo 94. warna merah,biru dan putih menjadi pilihan disebabkan ia merupakan warna rasmi untuk bendera Perancis.

The Shoe Surgeon telah menetapkan harga sepasang dengan berharga $1200 (RM 4858.20). Kepada yang berminat anda boleh menbelinya dilaman stor mereka iaitu Shoe Surgeon sementara stok masih ada.

the-shoe-surgeon-air-jordan-1-tiempo-france-002

the-shoe-surgeon-air-jordan-1-tiempo-france-003

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group