Pada tarikh 20 Mac 2019, maka termaterai sudah perjanjian pembelian 21st Century Fox oleh Disney. Dengan ini, berpindahklah segala aset yang dimiliki 21st Century Fox ke Disney.

The Simpsons merupakan salah satu aset hebat milik 20th Century Fox dan tahukah anda, siri Simpsons ini pernah meramal pembelian ini sejak 20 tahun yang lalu? Ramalan berkenaan dibuat dalam episod ‘When You Dish Upon A Star’ musim ke-10 The Simpsons yang ditayangkan pada tahun 1998.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Walaupun hanya sekilas sahaja babak berkenaan, tetapi pada satu babak dalam episod ini tertulis ’20th Century Fox, A Division Of Walt Disney Co’. Ianya mungkin nampak seperti kebetulan, tetapi The Simpsons turut pernah ‘meramal’ beberapa lagi perkara yang berlaku di masa akan datang.

Dalam video di atas, telah dikongsikan 25 perkara yang telah berlaku berdasarkan ‘ramalan’ yang telah dibuat dalam siri The Simpsons. Antaranya adalah Donald Trump berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat, fungsi Facetime oleh Apple, skandal FIFA oleh Sepp Blatter dan banyak lagi.

Penulis The Simpsons, Al Jean dan penciptanya Matt Groening sememangnya duo yang genius. Disebalik lawak yang mereka buat dalam The Simpsons, mereka turut menyelitkan sindiran kepada isu dunia dalam cara yang bersahaja.

Mungkin segala yang berlaku hanyalah secara kebetulan tetapi kebanyakkan ramalan atau tekaan yang ada dalam siri The Simpsons menjadi kenyataan.

Sempena gabungan Disney dan Fox ini, Al Jean sempat lagi untuk berjenaka dengan memuat naik gambar Homer Simpsons sedang mencekik Mickey Mouse bersama tulisan ‘Welcome to the family, man!’. Memang kasar cara The Simpsons bergurau.

Anda Mungkin Suka