Kos sara hidup makin lama makin tinggi. Berikutan itu, The Store telah melancarkan kedai serbaneka Super Jimat RM2.10 bagi meringankan beban pengguna.

Untuk pengetahuan anda, cawangan kedai serbaneka ini telah dibuka di beberapa tempat iaitu Sungai Siput, Perak, Jerantut, Pahang, Tampin, Negeri Sembilan, Kulim, Kedah dan Shah Alam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seiring dengan namanya, terdapat 2,000 produk yang dijual seperti peralatan dapur, kelengkapan pencuci, produk penjagaan badan, aksesori, kelengkapan eletrik dan banyak lagi dengan harga RM2.10 sahaja.

Pembukaan Super Jimat ini dilihat bakal memberi saingan kepada rangkaian Eco Shop dan beberapa rangkaian kedai serbaneka lain yang turut menawarkan harga murah sebegini kepada pelanggan. Ini membolehkan anda jimat berbelanja dan mendapatkan produk berkualiti dengan harga yang murah. Apa tunggu lagi?

Sumber