Sepanjang hidup, ini mungkin hotel paling menyedihkan yang pernah anda lihat. Hotel yang dimaksudkan ini ialah The Walled Off Hotel yang terletak di Bethlehem, Palestin. Umumnya, seluruh dunia mengetahui akan keadaan di sana. Peperangan tidak berkesudahan yang berlaku berdekad lamanya ini telah membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa.

Sinonimnya, apabila mengambarkan suasana di dalam hotel tentunya kita membayangkan suasana mewah, selesa dan premium bukan? Tetapi bukan di hotel ini. The Walled Off Hotel digelar sebagai hotel dengan permandangan paling teruk di dunia. Ini sudah tentunya sesuatu yang sungguh menyedihkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Idea membangunkan projek The Walled Off Hotel ini adalah hasil kreatif oleh Banksy, iatu seorang seniman terkenal di British. Walaupun tidak semewah hotel yang lain, tetapi hotel ini mempunyai aura keunikkan tersendiri

Terletak berhadapan tembok pemisah antara Israel dan Palestin, rekaan dalaman hotel ini sebahagiannya dihiasi dengan barang-barang yang diperoleh dari medan peperangan. Di dalamnya juga terdapat lukisan mural yang epik mengambarkan suasana tegang antara dua dunia ini.

Menurut Banksy, pasukannya mengambil masa selama 14 bulan membangunkan hotel ini dan ia akan mula dibuka pada 11 Mac dengan tawaran harga serendah $30 Usd semalam.Buat anda yang merancang mahu ke Palestin, jangan risau lagi soal penginapan kerana hotel ini juga boleh ditempah melalui online di laman web Agoda.com.

Ketahui lebih lanjut melalui video di bawah:

Sumber