Bukannya selalu seorang gitaris utama kumpulan rock terkenal, Metallica memuji seorang drummer comel dengan pujian ‘kicks maximum ass.‘ Tetapi inilah apa yang Kirk Hammett tweet setelah menonton video Paulina, 13 tahun, dan adik-beradiknya membuat cover Metallica ‘Enter Sandman’. Sebenarnya, bukan setakat Paulina, tetapi ketiga-tiga ahli band The Warning kicks maximum ass.

Video Enter Sandman ini, sudah menjadi viral dengan 5 juta view.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video Guns N´ Roses – Sweet Child O’ Mine ini pula sememangnya smoking hot.

Kumpulan The Warning dibintangi oleh Daniela Villarreal (Dany), 16 tahun selaku gitaris utama dan vokal, Paulina (Pau), 13 tahun selaku pemain drum dan vokal dan Alejandra (Ale), 10 tahun selaku gitaris bass. Pada mulanya, 3 beradik ini memuat naik video mereka di Youtube untuk tatapan keluarga dan kawan-kawan, dan tidak pernah menyangka mereka akan menjadi viral, dan tidak sesekali menyangka akan merakam EP pertama mereka.

“Apabila kami mula bermain, apa yang kami benar-benar mahukan adalah menjadi ahli muzik,” Dany memberitahu. “Cuma kami tidak menyangka…”

“Ini akan berlaku!,” Pau menambah.

Adik-beradik ini membesar dikelilingi muzik. Ketika Dany berumur 5 tahun, ibubapa beliau mendaftarkan beliau menghadiri kem muzik, dan pada umur 6 tahun, beliau sudah memulakan pembelajaran piano.

“Setelah besar sedikit, ayah memberi peluang untuk saya memilih instrumen baru. Dan saya memilih gitar – kerana saya menyukainya,” ujar Dany.

Pau memulakan pembelajaran piano ketika berusia 4 tahun, dan tidak lama kemudian memilih drum. Ale juga memulakan pendedahan ke alam muzik melalui piano, dan kemudiannya memilih gitar bass. Tidak lama kemudian, sebuah band rock pun terbentuk.

The Warning kini adalah merupakan artis rakaman di bawah naungan Victoria Records. Mereka mula menulis lagu sendiri, 3 di antaranya adalah – Take Me Down, Eternal Love dan Fade Away.

Eternal Love

Fade Away

Secara peribadi, saya bersetuju dengan Paul Hammett dan sangat menyukai bakat pemain drum kumpulan ini, Paulina. Seorang peminat dari Canada bernama Ted Boylan amat meminati mereka, dan telah menghadiahkan sebuah set dram baru berharga USD $12 ribu, dan lihatlah apa yang terjadi.

https://www.youtube.com/watch?v=_mLf2WCn548

Tidak perlu kata apa-apa lagi – Paulina memang berbakat luar biasa!

Anda boleh mendapatkan EP mereka di iTunes.

Mereka juga bercita-cita untuk mendalami ilmu muzik di Berklee College of Music di Boston. Anda boleh menjadikan ini kenyataan dengan menyumbang dalam kempen crowdfunding mereka di GoFundMe.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan ini lawati website mereka The Warning Band atau di Youtube mereka di sini.

Baca juga: Gadis Bertudung Ini Kelihatan Biasa Sehingga Anda Lihat Beliau Main Gitar

Ini pun menarik: The Impatient Sisters – Band Folk Akustik Tempatan Dengan Bunyi Segar Luar Biasa

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram