Sekiranya anda merindui filem hasil tangan pengarah ternama Robert Zemeckis (Back To The Future Part II & III, Forrest Gump, Cast Away) filem The Witches yang diinsprasikan daripada salah buku tulisan Roald Dahl ini adalah filem wajib tonton anda ketika ini.

Tidak cukup dengan itu, nama-nama besar seperti Alfonso Cuarón (Harry Potter and the Prisoner of Azkaban) dan Guillermo del Toro (Rise of the Guardians, Pacific Rim), bertindak sebagai produser untuk filem The Witches.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dibintangi pelakon jelita, Anne Hathaway (The Princess Diaries) yang menjayakan watak Grand High Witch bersama bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno sebagai Hero Boy, filem ini merupakan salah satu filem yang paling dinantikan tahun 2020. Namun disebabkan pandemik COVID-19, filem ini tidak sempat untuk bersiaran di pawagam dan hanya ditayangkan secara dalam talian.

Namun jangan risau kerana sekiranya anda merupakan pelanggan HBO GO, anda dapat menikmati filem ini bermula esok (29 Januari 2021). “Ia satu kisah yang diabolikal (jahat),” kata Zemeckis, yang teruja dengan peluang untuk membikin semula novel kesayangan itu.

“Buku-buku Roald Dahl sebenarnya bukan sahaja untuk kanak-kanak. Sememangnya karakter kanak-kanak memegang watak utama, oleh itu mereka sangat menikmatinya, tetapi pembaca dari semua peringkat usia boleh menikmati bukunya, dan filem ini juga serupa.”

WITCHES-17151.dng
Robert Zemeckis bersama Anne Hathaway di set penggambaran

Filem ini mengisahkan seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama. Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamour tetapi sangat jahat, dia dengan bijaknya membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut bernama Grand Orleans Imperial Island Hotel.

Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus.

THE WITCHES
Jahzir Bruno sebagai Hero Boy

Seperti yang dijangka, Hero Boy tidak dapat membiarkan itu berlaku tanpa berlawan, dan dia bekerjasama dengan kawan yang baru dikenalinya, Bruno Jenkins, penuh dengan semangat keberanian yang luar biasa untuk menghadapi ahli sihir jahat yang benar-benar menakutkan.

Sedikit trivia. Anne Hathaway membesar dengan karya buku Roald Dahl dan menjiwai watak yang dipegangnya dengan hebat sekali. Kami pasti anda dan anak-anak akan enjoy sepanjang menonton filem The Witches ini nanti.

Muat turun aplikasi HBO GO menerusi App Store atau Play Store atau menontonnya di pautan https://www.hbogoasia.my/. HBO GO turut tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV – dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO GO tanpa bayaran tambahan. Jangan lupa temu janji kita esok untuk sama-sama menonton The Witches menerusi Astro GO!

Dalam perkembangan dunia hiburan tanah air, pihak pengurusan Hot FM telah menggantung tugas Shuk Sahar untuk memberi masa kepada beliau menyelesaikan isu peribadi yang melanda dirinya. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pihak Pengurusan Hot FM Sahkan Shuk Sahar Digantung Tugas Serta-Merta

Berita Keprihatinan Ustaz Ebit Lew Tular Di Korea, Netizen Nyata Terkejut Dan Bangga