Menurut sebuah laman web sukan terkenal Thailand, SiamSports, Theerathon Bunmathan, pemain pertahanan pasukan SCG Muangthong United telah menerima tawaran yang dibuat oleh Vissel Kobe.

Pasukan yang berpangkalan di Kobe itu bersetuju untuk membawa Theerathon Bunmathan secara pinjaman selama satu musim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan penyertaan Theerathon bersama Vissel Kobe, ini bermakna ada 3 pemain Thailand akan beraksi dalam saingan J1 League musim 2018 selepas Chanathip Singkrasin menyertai Hokkaido Consadole Sapporo dan Teerasil Dangda menyertai Sanfrecce Hiroshima baru-baru ini.

Selain dari 3 orang pemain itu, Thailand mempunyai 2 lagi pemain dalam saingan J.League iaitu pemain berusia 20 tahun, Jakkit Wachpirom (pinjaman dari Bangkok United FC) bersama FC Tokyo U23 dan juga Sittichok Paso (pinjaman dari Chonburi FC) bersama Kagoshima United, kedua-duanya dalam saingan J3 League.

Sejak J League memperkenalkan kuota pemain dari J.League Partner Nations, Thailand dilihat sebagai negara paling ramai mendapat perhatian kelab-kelab dari J League.

Majlis Makan Malam Perpisahan Oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand

Walaupun pengumuman rasmi masih belum dibuat oleh kedua-dua kelab, Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Somyot Poompanmoung telah mengadakan satu majlis makan malam bagi meraikan 3 orang pemain kebanggaan Thailand yang akan beraksi dalam saingan J1 League 2018.

2018-01-07_22-08-36

Chanathip Songkrasin yang kembali ke Thailand ketika ‘off-season’ juga menyertai majlis ini. Pastinya Chanathip akan menjadi tempat rujukan utama Teerasil dan Theerathon mengenai J1 League.

Apa yang lebih mengagumkan, SCG Muangthong United, kelab asal ketiga-tiga pemain ini, bersetuju untuk melepaskan mereka walaupun berstatus pemain utama dan sangat penting kepada pasukan.