Sebut mengenai TheLorry, sememangnya syarikat ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri startup negara kita. Berjaya memperoleh beberapa dana sebelum ini membolehkan syarikat ini melebarkan sayap dengan pembukaan servis di Singapura, Thailand dan Indonesia.

Secara asasnya, TheLorry merupakan sebuah syarikat logistik yang menawarkan platform buat mereka yang ingin memindahkan barang dengan mudah.

hero-02-min
Sumber: TheLorry

Pada kali ini, The Lorry berjaya menerima suntikan dana siri-B berjumlah $5.85 juta (RM23.85 juta). Antara pelabur yang terlibat terdiri daripada FirstFloor Capital,PNB-INSPiRE I Ethical Fund, Cradle Seed Ventures dan Axiata Digital Innovation.

Menurut Nadhir Ashafiq, pelaburan yang diterima pada kali ini bakal digunakan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai antara syarikat logistik terbaik di rantau Asia Tenggara. Selain itu, pendapatan lori dan trak dibawah kendalian TheLorry juga turut dipertingkatkan sekaligus meningkatkan taraf hidup para pemandu.

hero-img-id (1)
Sumber: The Lorry

Tahniah diucapkan buat TheLorry diatas pelaburan yang diterima. Semoga dengan dana yang diterima TheLorry bakal menjadi kuasa besar bukan sahaja Asia Tenggara malah rantau Asia dalam industri logistik. Anda boleh klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TheLorry.

Baca lagi: Pengasas TheLorry Dedahkan Kegagalan Startup Pertama

Sumber