Tidak semua orang mahir memasak seperti chef di restoran dan kadangkala tiada masa untuk masak berikutan sibuk dengan kerja di rumah. Bagaimana kalau kami katakan ada satu mesin yang boleh memudahkan anda untuk masak di rumah?

Thermomix, merupakan mesin mewah yang mampu menyediakan set makanan dalam satu masa yang sama. Walaupun anda tidak tahu masak masakan tersebut, anda hanya perlu gunakan resipi yang disediakan dan masukkan bahan-bahannya, kemudian mesin tersebut akan memasak untuk anda.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Tidak percaya? Terdapat beberapa perkongsian di Facebook yang telah menggunakan mesin Thermomix ini dan difahamkan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan chef selebriti Anis Nabilah turut menggunakan ia.

We are so excited that the HRH @airtangan_tunkuazizah is a new owner of the Thermomix® TM6! The World's original and…

Posted by Thermomix Malaysia on Monday, 13 April 2020

Semua ibu suka memasak dan seronok bila tengok keluarga nikmati air tangan ibu. Tapi time itulah anak menangis, baby…

Posted by Widyana Ali on Monday, 20 January 2020

Difahamkan semalam kecoh di media sosial apabila tular mesin ini digunakan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan ramai yang mula membanjiri Facebook Thermomix Malaysia bertanya tentang harga mesin tersebut.

Menurut hasil tinjaun kami, mesin ini berharga RM7,188 sahaja dan anda boleh dapatkan di laman rasmi Thermomix dengan klik di sini atau berhubung melalui Facebook Thermomix Malaysia.

Bagi para suami pastinya mesin ini umpama mimpi ngeri buat mereka jika isteri minta beli mesin ini. Adakah anda berasa teringin untuk miliki mesin yang memudahkan kerja anda di dapur ini?

Sementara itu, anda mungkin boleh ikuti beberapa YouTube Channels yang boleh tingkatkan skil memasak anda dengan klik pada pautan di bawah ini.

5 ‘YouTube Channels’ Pilihan Untuk Anda Tingkatkan Skil Memasak Bagaikan Chef Di Rumah

Ketahui Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Hanya Bermodalkan RM5

Lebih 17,000 Retweets, Ini Resipi Enak Dan Mudah Yee Mee Sizzling Ala ‘Food Court’

Anda Mungkin Suka