Jika disebut nama “Thomas Edison”, pasti ramai yang tahu bahawa dialah orang yang mencipta lampu mentol yang banyak sekali digunakan hari ini. Namun, tahukah anda bahawa fakta itu adalah kurang tepat.

Ramai yang tidak sedar bahawa Thomas Edison bukan sahaja pencipta yang hebat, malah beliau juga adalah usahawan yang hebat. Dia bukan sahaja mencipta kebendaan, malah telah mencipta industri dan pekerjaan. Suatu pencapaian yang sungguh menakjubkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ikuti cerita daripada Robert Kiyosaki dibawah :

Screen shot 2014-12-22 at 7.48.28 PM

Semasa di bangku sekolah, kita belajar tentang Thomas Edison, salah seorang pencipta terkemuka dunia.

Apabila saya beritahu ayah yang saya belajar tentang hidup Thomas Edison, ayah tanya adakah saya diajar bagaimana dia boleh menjadi seorang yang prolifik.

Saya jawab “Tidak”. “Kami hanya belajar bagaimana dia mencipta lampu mentol”.

“Maaf jika ayah bercanggah dengan cikgu kamu. Tetapi Thomas Edison bukanlah yang orang yang mencipta lampu mentol”, jawab ayah.

Kemudian ayah menjelaskan bahawa terdapat ramai orang yang telah mencipta lampu mentol sebelum Thomas Edison. Tetapi masalahnya adalah, lampu mentol mereka tidak praktikal. Ada yang mati terlalu awal dan macam-macam lagi. Para pencipta ini juga tidak dapat menjelaskan kepada umum “nilai” lampu mentol mereka.

Secara ringkas, mereka ada idea yang hebat, tetapi mereka tiada bisnes. Thomas Edison pula, bukan sahaja mencipta lampu mentol yang lebih bagus, malah membina bisnes dengan lampu mentol tersebut. Dia telah mencipta lampu mentol pertama yang berguna dan dia juga tahu bagaimana untuk mempersembahkan “nilai” ciptaannya kepada umum.

Semua orang mampu memberikan idea yang hebat, tetapi hanya usahawan yang boleh menghasilkan duit daripada idea tersebut. Anda juga mungkin mempunyai idea atau produk yang hebat. Sama seperti orang lain. Tetapi adakah anda tahu bagaimana untuk membuat duit dengan idea tersebut?

Jika anda mempunyai keberanian untuk mengejar idea anda, mulakan dengan langkah yang pertama. Mulakan dengan kajian, bercakap dengan orang lain dan curahkan idea anda. Apabila anda sudah tahu bagaimana untuk membuat duit, barulah keseronokan bermula. Apa pun, mulakan dengan langkah yang pertama.

i_have_not_failed-343-75

Diterjemah dan diolah daripada Newsletter Robert Kiyosaki

Like page The Vocket di Facebook